English Español Português Français
Berikut ialah Deklarasi Antarabangsa yang dirangka oleh Perhimpunan Rakyat Antarabangsa (International Assembly of the Peoples) dan Tricontinental: Institute for Social Research. Teks asal Deklarasi di sini.
SARS-CoV-2 atau COVID-19, yang diisytihar sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekarang ini, telah mula membawa bencana di sebahagian besar dunia, dengan bahagian dunia yang lain sedang menunggu dalam jangkaan. Kita sedang berada dalam perjuangan yang sebenar, yang memerlukan mobilisasi keseluruhan; satu perjuangan yang perlu mengutamakan nyawa berbanding keuntungan. Kita hanya akan menang dalam perjuangan ini – yang telah dilakukan oleh China – jika rakyat kita bersatu dan berdisplin, jika kerajaan mendapat penghormatan kita melalui tindakan mereka, dan jika kita bertindak secara solidariti merentasi seluruh dunia.
Hutang sedunia sedang mencecah USD250 trilion, dengan hutang korporat sudah sangat besar. Namun sebaliknya, trilion dollar sedang berputar di sekitar pasaran saham dan tempat berlindung cukai. Dengan aktiviti ekonomi mengecut, korporat akan beratur untuk diselamatkan; ini bukannya penggunaan sumber manusia yang bernilai pada masa ini. Din tengah-tengah ini, pasaran kewangan masih kekal buka adalah kegagalan imaginasi. Penurunan dalam nilai saham – dalam pasaran dari Hang Seng ke Wall Street – hanyalah satu cara untuk memburukkan lagi kerisauan masyarakat global, kerana kesihatan pasaran saham telah dianggap secara salah sebagai satu petunjuk kepada kesihatan ekonomi secara am.
Kuarantin dan penutupan berjangka masa panjang telah berlaku di sebahagian besar dunia, pastinya di Eropah dan Amerika Utara, tetapi semakin meningkat di Afrika, Asia dan Amerika Latin. Aktiviti ekonomi sudah pun mula menggigil sampai terhenti. Anggaran terhadap kerugian bersih adalah tidak mungkin dilakukan, malah institusi-institusi antarabangsa yang utama meminda angka mereka setiap hari. Sebagai contoh, satu kajian oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) pada 4 Mac 2020 menyatakan bahawa kelembapan perusahaan pembuatan di China sendiri akan menggangu rantai pembekalan global dan mengurangkan eksport sebanyak USD50 bilion; ini hanyalah sebahagian daripada kerugian itu. Jumlah kerugian masih belum lagi dapat dikira.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah berjanji untuk memperuntukkan sebanyak USD1 trilion untuk membantu negara-negara dalam mencegah bencana ekonomi. Sudah adanya lebih kurang dua puluh buah negara datang ke IMF untuk meminta bantuan; Iran yang menjarakkan diri daripada IMF untuk tiga dekad yang lalu, sekarang pun sudah meminta bantuan IMF. Ini barangkali satu perubahan yang baik dalam dasar IMF, yang belum pernah lagi berlaku dalam sejarahnya, jika bukan kerana keengganannya yang memalukan untuk membantu rakyat Venezuela dengan dalih tidak mengiktiraf kerajaan Venezuela. IMF tidak harus mengenakan sebarang penyesuaian atau ikatan untuk peruntukan pinjaman penyambung ini. Penolakan pinjaman kepada Venezuela ialah satu petanda kegagalan politik yang hebat oleh IMF.
Solidariti antarabangsa dari China dan Kuba dapat menjadi contoh. Doktor-doktor China dan Kuba telah berada di Iran, Itali dan Venezuela, sementera mereka telah menawarkan perkhidmatan dan kepakaran mereka di seluruh dunia. Mereka telah membangunkan ubat-ubatan dan rawatan perubatan yang mencegah kadar kematian daripada meningkat untuk mereka yang dijangkiti COVID-19, dan mereka hendak mengagihkan ini kepada rakyat sedunia, tanpa sebarang paten atau keuntungan. Contoh dari China dan Kuba dalam tempoh ini perlu diambil serius; berterima kasih pada contoh ini, adalah lebih mudah untuk membayangkan sosialisme di tengah-tengah pandemik koronavirus ini, berbanding dengan hidup di bawah rejim kapitalisme yang tidak berhati perut.
Negara-negara Eropah, yang menjadi fokus kepada pandemik sekarang, sedang menyaksikan sistem kesihatan mereka yang dilemahkan itu mengalami keruntuhan selepas beberapa dekad kekurangan dana dan penjimatan neo-liberal. Kerajaan-kerajaan Eropah, bersama-sama dengan Bank Pusat Eropah dan Kesatuan Eropah (EU), memperuntukkan sejumlah besar sumber mereka untuk cuba melindungi sektor kewangan dan perniagaan daripada masalah ekonomi yang pasti akan berlaku. Penerapan tindakan yang tidak tegas dalam mempertingkatkan kapasiti kerajaan untuk menghadapi krsis – pemilikan semula yang disasarkan, kawalan awam sementara ke atas pembekal perkhidmatan kesihatan atau langkah-langkah paliatif, pengecualian yang terhad daripada pembayaran sewa dan pinjaman perumahan – tidak menunjukkan komitmen yang tegas untuk memberi jaminan asas bagi buruh dan melindungi kesihatan kelas pekerja yang paling terdedah kepada kesan buruk pandemik: pekerja-pekerja kesihatan, wanita yang menjadi penjaga, pekerja dalam industri makanan dan syarikat perkhidmatan asas, dan sebagainya.
Ini adalah pembatalan separa preskripsi neoliberal yang telah mendominasi dunia untuk lima puluh tahun yang lepas. IMF perlu menyedari ini, kerana ia telah mengambil bahagian secara aktif dalam penggondolan sumber-sumber di Afrika, Asia dan Amerika Latin, dan mewujudkan kegagalan institusi di dalam satu negara demi satu negara. Memperkukuhkan kerajaan dan mengagihkan semula kekayaan berpihak kepada massa patut dijadikan orientasi global.
Ahli-ahli sains memberitahu kita bahawa perjuangan menentang virus ini akan berterusan untuk tiga puluh atau empat puluh hari akan datang. Inilah kenapa adalah penting untuk setiap negara dan setiap kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mencegah kematian beribu-ribu orang rakyat.
Gerakan-gerakan, kesatuan-kesatuan pekerja dan parti-parti politik yang membentuk Perhimpunan Rakyat Antarabangsa, mencadangkan satu program perubahan struktur supaya diformulasikan dan dilaksanakan, untuk membolehkan kita memenangi perjuangan ini dan membentuk semula dunia kita. Program ini mesti merangkumi:
- Penggantungan serta-merta semua kerja, kecuali perubatan dan logistik yang penting, dan mereka yang mengeluarkan dan mengagihkan makanan dan keperluan, tanpa sebarang kehilangan gaji. Kerajaan harus menanggung kos untuk gaji sepanjang tempoh kuarantin.
- Kesihatan, bekalan makanan dan keselamatan awam perlu dikekalkan dalam cara yang tersusun. Stok makanan bijirin kecemasan perlu dilepaskan untuk pengagihan dalam kalangan masyarakat miskin.
- Semua sekolah perlu ditutup sementara.
- Sosialisasi serta-merta hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan supaya mereka tidak bimbang tentang motif keuntungan ketika berlakunya krisis. Pusat-pusat perubatan ini perlu di bawah kawalan kempen kesihatan kerajaan.
- Pemilikan negara segera terhadap syarikat-syarikat farmaseutikal, dan kerjasama antarabangsa segera untuk mendapatkan vaksin dan peralatan ujian yang lebih mudah. Pemansuhan harta intelek dalam bidang perubatan.
- Ujian virus segera ke atas semua rakyat. Mobilisasi segera ujian dan sokongan untuk kakitangan perubatan yang berada di barisan hadapan pandemik ini.
- Percepatkan segera pengeluaran bahan-bahan yang diperlukan untuk menangani krisis ini (kit ujian, topeng, alat pernafasan).
- Penutupan segera pasaran kewangan global.
- Pengumpulan kewangan segera untuk mencegah kebankrapan kerajaan.
- Pembatalan segera semua hutang bukan-korporat.
- Hentikan segera semua bayaran sewa dan pinjaman perumahan, di samping menghentikan pengusiran; ini termasuk peruntukan segera perumahan sesuai sebagai hak asasi manusia. Perumahan selesa perlu menjadi hak untuk semua rakyat yang dijamin oleh kerajaan.
- Penyerapan segera semua bayaran kemudahan asas oleh Kerajaan – air, elektrik dan internet yang dbekalkan sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia; sekiranya kemudahan ini tidak dapat dicapai secara universal, kita menyeru untuk dibekalkan segera.
- Hentikan sanksi dan sekatan ekonomi yang unilateral dan bersifat jenayah, yang memberi impak kepada negara-negara seperti Kuba, Iran dan Venezuela, dan menghalang mereka daripada mengimport bekalan perubatan yang diperlukan.
- Sokongan segera kepada golongan petani untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang sihat dan membekalkannya kepada kerajaan untuk pengagihan langsung.
- Penggantungan dollar Amerika Syarikat sebagai matawang antarabangsa dan meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya mengadakan segera satu persidangan antarabangsa baru untuk mencadangkan satu matawang antarabangsa bersama.
- Memastikan pendapatan minimum universal di setiap negara. Ini menjadikan ia berkemungkinan untuk menjamin sokongan daripada kerajaan kepada jutaan keluarga yang tiada kerja, bekerja dalam keadaan yang sangat tidak menentu atau kerja sendiri. Sistem kapitalis sekarang ini mengecualikan jutaan rakyat dari kerja-kerja formal. Kerajaan patut membekalkan pekerjaan dan kehidupan bermaruah untuk rakyat jelata. Kos untuk Pendapatan Asas Universal boleh dibiayai dengan belanjawan pertahanan, khususnya perbelanjaan untuk senjata dan peluru.